Sunday, February 13, 2011

ApA yAnG aNda FiKirKaN teNtanG iNi?

sedar atau tidak sebenarnya kita sering lupa untuk menyatakan bahawa kita sayangkan ibu kita. sukar hendak melafazkan kata sayang apatah lagi ucapan terima kasih kian pudar dalam diri kita. tidak terlatih atau ego? tepuk dada tanya selera. tidak rugi kita menyatakan atau melafazkan ungkapan ini. faedahnya anda akan lebih mengeratkan hubungan anda dan ibu anda. disinilah akan terpupuknya kasih sayang dan hormat menghormati. ingatlah wahai teman, selagi mereka bernyawa jangan sesekali mensia-siakna peluang yang ada. curahkan segala bakti dan kasih sayangmu kepada mereka. ingat! jangan sesekali menyesali jika anda tidak berbuat demikian apabila kesedaran muncul ketika mereka sudah tiada...
renung-renungkan...dan fikir-fikirkan =)

No comments:

Post a Comment