Sunday, January 23, 2011

SiApa iTU kAuNSELoR?

Kaunselor adalah seseorang yang bekerja secara profesional dan berkelayakan dalam bidang psikologi kaunseling. Mereka mengkhususkan perkhidmatan berkaitan pertumbuhan dan perkembangan diri, ujian psikologi, modifikasi tingkahlaku, kesihatan mental, kekeluargaan dan lain-lain. Segalanya tertakluk mengikut Kod Etika Kaunselor yang telah ditetapkan. Antaranya menitikberatkan kerahsiaan klien, membantu tanpa syarat dan setiap klien adalah sama penting serta berhak dihormati.

Tujuan kaunseling

1) Memberi Maklumat
2) Menggalakkan Celik Akal
3) Memberi Sokongan
4) Penyelesaian konflik
5) Membuat Keputusan

No comments:

Post a Comment